Tanda Tanda Buasir dan Cara Merawat Buasir
Tanpa Rawatan
Adakah anda sedang mengalami masalah-masalah seperti berikut:
- Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
- Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
- Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
- Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
- Rasa gatal, panas dan tak selesa pada lubang dubur?
- Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
- Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
ITU ADALAH TANDA-TANDA BUASIR. BUASIRRR????
BUASIR!!!!
Buasir atau dikenali juga sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Buasir akan menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak. Adakalanya akan terasa seperti ada benjolan di bahagian luar dubur.
Bengkak ini boleh menyebabkan pendarahan ketika individu yang menghidap buasir mengalami sembelit atau bila najis keras bergesel dengan bahagian dubur yang membengkak.
Pesakit buasir kerap akan berasa tidak selesa di bahagian dubur, lebih-lebih lagi ketika melalui proses pembuangan air besar.
Kenali Jenis Buasir Dalaman dan Buasir Luaran
Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan rasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.
Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Adakalanya pesakit yang mempunyai buasir dalaman juga boleh terasa seperti ada ketumbuhan yang keluar dari lubung dubur, lebih-lebih lagi ketika proses membuang air besar.
Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Adakalanya pesakit yang mempunyai buasir dalaman juga boleh terasa seperti ada ketumbuhan yang keluar dari lubung dubur, lebih-lebih lagi ketika proses membuang air besar.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Kebanyakan dari kita mungkin biasa dengar tentang buasir luaran. Ia mengakibatkan simptom-simptom lazim seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.
Buasir luaran memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan yang timbul boleh mengganggu kelancaran aktiviti harian.
Buasir luaran memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan yang timbul boleh mengganggu kelancaran aktiviti harian.
Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu pesakit meneran semasa membuang air besar. Pesakit berasa sangat sakit kerana Buasir yang sudah membengkak bergesel dengan najis yang hendak keluar menyebabkan rasa sakit dan perit yang amat sangat.
Simptom Buasir
- Rasa sukar untuk membuang air besar.
- Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar.
- Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar
- Rasa sakit di bahagian dubur.
- Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama.
Punca Buasir
Beberapa penyebab yang dikatakan berkaitan dengan masalah ini berlaku ialah:
Beberapa penyebab yang dikatakan berkaitan dengan masalah ini berlaku ialah:
- Sembelit
Ketika mana seseorang itu sembelit, ia akan menyebabkan dia mempunyai masalah ketika membuang air besar. Pesakit selalunya akan meneran dalam jangka masa yang lama untuk mengeluarkan najis. Faktor ini mungkin benar atau tidak kerana masih tiada kajian yang benar-benar menunjukkan sembelit menyebabkan buasir.
Tetapi ramai doktor yang percaya ia akan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran saluran darah di bahagian tersebut.
Malah apabila ubat untuk melembutkan najis diberikan kepada pesakit masalah sembelit bersama masalah buasir pun akan semakin pulih.
- Hamil
Kehamilan memang terbukti menjadi faktor risiko menyebabkan seseorang menghidapi buasir. Selalunya, penyakit buasir itu akan hilang selepas wanita itu melahirkan anak.
Kaitannya dengan kehamilan adalah disebabkan perubahan hormon di daam badan seseorang wanita. Ini membuatkan salur darah disitu lebih senang membesar jika dibandingkan dengan sebelum mengandung.
Faktor risiko yang lain adalah:
- Sejarah keluarga yang mempunyai buasir
- Cirit birit yang kronik
- Kanser usus besar
- Obesiti
- Pembedahan bahagian dubur
- Meningkat usia
- Mempunyai penyakit keradangan usus (imflammatory bowel diseas)
- Kurang mengambil makanan yang tinggi serat.
- Kurang minum air.
Bagaimana Untuk Mencegah Buasir?
Senaman?
Senaman yang kerap dan berjadual boleh mengurangkan risiko buasir.
Pemakanan yang sihat?
Pemakanan yang sihat terutama yang mengandungi kandungan serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.
ALOE VERA GELLY
- Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-keradangan pada buasir luaran.
FIELDS OF GREEN
- Berguna untuk mengatasi masalah sembelit, terutamnya apabila diambil bersama dengan Aloe Vera Gel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan