TIPS KURANGKAN KOLESTROL

Saya telah didiagnosis dengan kolesterol darah tinggi. Apa yang harus saya lakukan???



APA SEBENARNYA KOLESTEROL?


Ia adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.



Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

Kolesterol darah tinggi adalah disebabkan oleh kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah. Ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.


Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kolesterol tinggi termasuklah:

  • diet tinggi lemak dan berkolesterol
  • berat badan berlebihan
  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • tekanan darah tinggi
  • faktor genetik
Seseorang yang mempunyai kolesterol darah tinggi haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan berkolesterol seperti:
  • daging
  • makanan laut
  • produk tenusu
  • telur kuning
  • makanan bergoreng
  • makanan ringan
Selain itu, mereka haruslah mengurangkan berat badan jika perlu, selalu bersenam, aktif secara fizikal serta mengamalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.


Selalu Melakukan Senaman


Mengamalkan Minum Air Kosong


10 Makanan Ini Mengurangkan Kolesterol ‘Jahat’ Dalam Badan. Amalkan Selalu!




“Ok barang dalam senarai semua dah beli kecuali butter dengan susu. Nak beli ‘butter’ ke marjerin? Orang kata ‘butter’ ni tinggi kolesterol berbanding dengan marjerin. Jadi beli marjerin sahajalah. Tak pasal karang bertambah gemuk aku kalau makan ‘butter’. Syoknya jadi orang kurus, tak payah nak fikir pasal kolesterol..”
Banyak persepsi yang salah apabila berbicara mengenai kolesterol seperti:

  • Marjerin membantu menurunkan kolesterol
  • Orang kurus tidak perlu risau mengenai kolesterol
  • Saya sedang mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol, jadi saya boleh makan apa sahaja
  • Biasanya lelaki lebih terdedah pada kolesterol berbanding wanita


10 MAKANAN MENGURANGKAN KOLESTEROL ‘JAHAT’

Jika ingin mengurangkan paras kolesterol dalam badan, disarankan untuk makan:
manfaat rempah ratus


                                                                 BIJI KETUMBAR

1. BIJI KETUMBAR

Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

bawang merah mengurangkan kolesterol
                                                                  BAWANG MERAH

2. BAWANG MERAH

Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

amla mengurangkan kolesterol
BUAH POKOK MELAKA



3. INDIAN GOOSEBERRY , AMLA ATAU BUAH POKOK MELAKA

Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat.
Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.

Cara buat air detox


CUKA EPAL

4. CUKA EPAL
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.
Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
Minum jus buah-buahan juga salah cara nyah-toksin

MINUMAN BUAH-BUAHAN

5. JUS OREN

Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari

MINYAK KELAPA ORGANIK

6. MINYAK KELAPA ORGANIK
Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’.
Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?



OAT


7. OAT

Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’
Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

mengurangkan kolesterol
RED YEAST RICE
8. ‘RED YEAST RICE’
Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol.
Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.
atasi-lupa-makan-kacang
KEKACANG

9. KEKACANG

Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat
Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

ARTIC SEA (MINYAK IKAN LAUTAN DALAM + MINYAK ZAITUN)


10. MAKANAN TAMBAHAN 

Omputih kata, supplement.  Banyak sebenarnya produk yang boleh membantu dalam masalah ini sampai pengguna sendiri tak tahu nak pilih yang mana. 

Jadi, untuk memudahkan anda, saya syorkan produk terbaik daripada Forever Living Product iaitu Artic Sea. Dengar nama pun dah hebat, apatah lagi kalau dah cuba, kan? 

Kandungan Minyak Ikan (Omega 3) dan Minyak Zaitun (Omega 9) dalam Artic Sea Forever Living ini mampu bertindak mencairkan kolesterol jahat (LDL) dalam saluran darah anda.

Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah anda serta mengekalkan kandungan kolesterol baik (HDL). 

Forever Artic Sea juga menyokong kesihatan otak dan jantung anda.

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.
mengurangkan kolesterol 2


SINGKIRKAN KOLESTEROL ‘JAHAT’ DARIPADA BADAN!
Betulkan salah tanggapan tentang kolesterol dan pastikan anda mengambil makanan yang sesuai untuk mengawal parasnya dalam badan.
Jadi, simpanlah stok makanan di atas bagi anda yang memang telah didiagnos sebagai ‘tinggi kolesterol’ dan dinasihati oleh doktor.
Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan